Friday, 9 March 2012


Pusingan Kelapan










Pertarungan kelapan diteruskan dengan titik keringat daripada pasukan SMEXCEL dan SMSLD. Perlawanan ini merupakan perlawanan terakhir pada hari pertama kejohanan. Perlawanan ini telah tamat pada jam 7.45 malam dan perlawanan yang berlangsung amat mencemaskan bagi kedua2 pasukan dan akhirnya kemenangan menjadi milik SMEXCEL dengan mata sebanyak 26 berbalas 24.

Thursday, 8 March 2012

 

Pusingan Ketujuh

Perlawanan kali ini menemukan dua pasukan jejaka dari Sekolah Menengah Sains Kuching dan SM Sains Labuan. Perlawanan ini memihak kepada pasukan SAINSku apabila hampir keseluruhan gelanggang dimonopoli oleh pasukan SAINSku dan hasilnya SAINSku menumpaskan SMEXCEL dengan mpungutan mata sebanyak 79 berbalas 16. Mantap tu........





                               Pusingan Keenam


Gelanggang kejohanan diteruskan dengan penampilan hebat dari SAINSri dan SAINSku. Pada mulanya persaingan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan amat sengit. Keadaan dewan manjadi semakin "panas" apabila SAINSri mula mendahului dan dalam masa 7 minit terakhir SAINSku mula menunjukkan belang dan taring mereka dengan mengejar SAINSri jauh di belakang dan akhirnya SAINSku berjaya dengan pungutan mata 51 berbalas 43.





Wednesday, 7 March 2012


 Pusingan Keempat





Perlawanan keempat diteruskan dengan perjuangan srikandi-srikandi dari SMSLD menentang SMESH. Perlawanan ini pada mulanya hambar namun setelah SMESH mula mengejar SMSLD, SMSLD mula menunjukkan belang dan berjaya mengalahkan  SMESH dengan pungutan mata 28 berbalas 26.........








Pusingan Ketiga


Kehangatan perlawanan diteruskan dengan pasukan dari SMExcel menentang SMESH. Perlawanan ini pada mulanya gelanggang dimonopoli oleh pasukan dari SMEXCEL, namun pada akhir perlawanan kawasan gelanggang telah bertukar milik dan dimonopoli oleh pasukan dari SMESH dan hasilnya............ SMEXCEL berjaya menentang pasukan dari SMESH  dengan perbezaan 1 MARKAH sahaja iaitu 33 berbalas 32...

Perlawanan SMESH VS EXCEL











Pusingan Kedua



Perlawanan diteruskan dengan pasukan dari SAINSku menentang pasukan dari SMEXCEL.Perlawanan dari pihak perempuan yang pertama ini memberikan impak yang besar kepada perlawanan. Pihak SAINSku telah memberi tentangan yang cukup hebat kepada pihak SMEXCEL siapakah yang meungguli???
SAINSku 54-SMEXCEL 20
Picture of the day..................







Today's Match ( Match Ari Tok )

Pusingan Pertama



 
       

Gelanggang pada hari ini dibuka pada pukul 7.30 pagi oleh pasukan dari SAINSri dan SAINSku. Kesemua peserta telah menunjukkan taring masing-masing dengan mempamerkan gaya yang terhebat dari pasukan masing-masing dan akhirnya perlawanan ini dimenangi oleh pasukan dari SAINSku dengan mata sebanyak 
                                                                                   103-30.
                                          Sorotan gambar sepanjang pertandingan berlangsung.......